++ Assalamualaikum wbt ++
Salam 'Idulfitri buat semua yang mengenali Hafiz Azhan. Tahun ini adalah kali kedua berhari raya tanpa Hafiz Azhan. Pasti sahaja rasa kehilangannya tak pernah pudar dalam diri kami. Bagi saya sendiri, setiap perkara yang pernah kami kongsi adik-beradik - kenangan shopping, menghias rumah dgn idea-ideanya memang tak akan pudar sama sekali. Alhamdulillah, ada rezeki tahun ini untuk mengubah sedikit demi sedikit rumah kami mengikut idea yg pernah diutarakan oleh Hafiz. Ada beberapa lagi perkara yang pernah tersuara oleh Hafiz yg belum sempat kami tunaikan. Insya Allah akan kami segerakan. Amin.
Tahun ini bagi saya tetap rasa kekurangan. Tetapi kekurangan itu tidaklah sehebat semasa Hafiz sedang menanggung sakit yg dialaminya. Pada masa itu rasa serba salah dan bersalah lebih menebal bg saya kerana giliran berhari raya dengan keluarga mertua dan kami adik-beradik tak dpt shopping bersama-sama seperti kami masih bujang. Hari raya tahun ini saya merasakan ada sedikit ketenangan menemani jiwa saya. Mungkin kerana mata saya tidak lagi melihat kesakitan yang Hafiz tanggung. Mungkin kerana saya selalu bermimpi tentang Hafiz dan berasa tenang setiap kali 'bertemu' dengannya. Mungkin kerana saya telah redha dengan hakikat bahawa Allah amat menyayangi Hafiz dan Allah lah yg lebih arif tentang takdir yang sesuai utk setiap hamba-hambaNya. Tidak terkecuali bagi diri saya juga.
Apa jua, saya bangga mempunyai adik-adik yang baik dan bersyukur kerana kasih sayang antara kami memang tiada pra-syarat untuk terhenti biarpun kematian. Semoga segala doa dan amalan yang kami niatkan untuk Hafiz Azhan akan sampai padanya di sana. Semoga Allah mengampuni dan mengasihanimu selalu duhai adikku.
Salam 'Idulfitri. Kakak menjalani setiap detik dan waktu dengan semangatmu yang pernah kita semua kongsi suatu masa dahulu.