Sunday, June 17, 2012

Semua org berlainan,
Pilihan adalah hak,
Pendapat juga adalah hak,
Ada masa kita rasa berkongsi pilihan dan pendapat itu perkara baik,
Ada masa lebih baik tak perlu berkongsi apa-apa.

Pergi tazkirah dan sembahyang jemaah itu baik,
Tapi kalau jiwa tak belajar apa-apa dari perkara baik itu,
Maka apa gunanya?
Pergi belajar mencari ilmu itu baik,
Khatam berguru dari ribuan kutub khanah juga baik,
Tapi kalau jiwa tak belajar apa-apa dari perkara baik itu,
Maka apa gunanya?

Belajarlah memahami,
Belajarlah menunggu sedikit lagi,
Belajarlah berkata maaf,
Belajarlah berkata saya salah,
Belajarlah berkata saya tersasar ikut perasan,
Baik pada ayah, ibu, suami, isteri, anak-anak, kakak, abang, adik..masyarakat amnya..

Keadaan kita saja yang mau difahami?
Bagaimana keadaan orang lain?

Aku maklum biarpun tanpa kata-kata,
Hiduplah kau berbahagia bersama,
Jangan cuba berlagak seolah tiada apa,
Jangan cuba berlagak seolah kau faham,
Jangan cuba berlagak seolah kau mengenali,

Ya..benar..semua sudah besar..
Sekurang-kurangnya org lain bila mengamuk, berkasar, berbohong, mengguris hati,
Pandai meminta maaf..manusia mana sempurna? Itu semua maklum belaka..
Hati telah terluka..hari itu dan sampai bila-bila..
Semua tak akan sama lagi,
Biarpun maaf telah diberi.

Sunday, March 25, 2012

Kita Dekat

Tak pernah sehari pun dalam hidup kakak, rasa kosong itu tidak tiba. Ia pasti tiba. Kadang-kadang hikmah juga Abah bg arahan supaya kakak pulang dan duduk di rumah ni, sbb bila kakak rasa rindu padamu, kakak boleh segera melihat baju-bajumu yang masih tersusun rapi di almari, masih dapat melihat barang-barang di bilikmu, masih dapat melihat folder-folder gambar yang ditinggalkan dalam komputer peribadimu, malahan, ada masanya membayangkanmu terbaring di ruang tamu setiap hari mengisi waktu ketika tidak sihat. Sukar nak naik turun tangga kan? Jadi, senang jika berada di tingkat bwh, dekat dgn tandas, dapur, tv dan senang nak buka pintu jika ada yg mengunjungi. Di mana kakak pada masa itu? Kakak ada, tapi sibuk menguruskan hidup baru.

Adikku, tatkala kakak menangis ketika ini, mengurai rasa di dalam dada, tiada apa pun yang dpt memutar kembali waktu dan bawa kakak kembali ke saat itu. Kehadiran kakak sesekali dalam sehari sebenarnya boleh kakak isi dgn berada di sampingmu lebih lama pada ketika itu, biarpun Adik ada bersamamu pada ketika itu, mama ada dan abah ada.

Kakak masih ingat, kakak pernah menemanimu beberapa kali sepanjang hari. Kakak akan baca Yassin dan doa di sisimu dan mendoakan kesejahteraanmu. Juga membantu menyediakan tempat solatmu supaya selesa. Kakak juga masih ingat, menggoreng nuggets segera pada pukul 5 pagi untukmu dan membancuh air kerana dikau mengadu lapar. Semua itu tak dapat kakak ulangi lagi untukmu.

Sekarang kakak faham mengapa senyummu tak lekang di wajah biarpun dikau sakit saat itu. Allah mengabulkan kata-kata kakak padamu. Perbualan ringkas kita tentang mati itu adalah sesuatu dan dikau mengajar kakak supaya tabah. Jangan menyerah dan selalu bersangka baik dengan dugaan Allah. Kakak mengerti sekarang kerana kakak juga merasai apa yang dikau pernah rasai. Dan kakak bersyukur.

Adikku, kakak tahu kita dekat. Masih dekat. Walaupun hakikatnya kita jauh di sebalik alam berlainan. 26/3/2012 - 3 tahun tempoh waktu dan kakak tahu kita akan dekat selamanya. Sentiasa. Amin.

"Tuhanku, sampaikanlah salam kasihku buat Hafiz Azhan"

Tuesday, January 3, 2012

Was there..

Do you know that yesterday I cried because I miss you so much?
Do you know that yesterday I was alone lying down at the same place you spent your days when you were sick?
Do you know that yesterday I looked intently at the same ceiling you used to stare?
Do you know that yesterday I used the same pillow that you hugged each time you try to sleep?

Do you know that I stay here to keep everything about you tightly together?
Do you know how painful it is to loose you even though , we did say goodbye...........

Sunday, November 27, 2011

Happy 29th Bezday Gapish!

Hari ini genap usia Hafiz Azhan 29 tahun. Birthday yg ke 29. Tapi sebenarnya, as Khairul Anuar stated, dia tetap dengan umur 26 tahun sampai kiamat. Sebab usia dia semasa meninggal dunia adalah 26 tahun. Alahai budak nakal yang kakak rindui..apa khabarmu di sana adikku? Dapat tak kiriman hadiah kakak hampir setiap hari untukmu di sana? Kakak tahu semuanya ok ok saja. Kakak pasti Allah menjaga dan melindungimu setiap masa. Hari ini kakak akan balik ke kampung dan akan ke pusaramu insya Allah.

Ikhwan Hadi sekeluarga akan pulang selang beberapa hari dengan Khairul Anuar. Ma dan Abah pun akan pulang ke tanahair hari Khamis ni insya Allah. Kami semua akan mengunjungi pusaramu di hari lahirmu. Hari lahir yang tertunda kan? Kami sayang dan rindukanmu selalu.

Till we meet again dear Gapish..I'm smiling while writing this post..I'm smiling because I remember the promises we've made and I'm smiling for all the good days + bad days we've shared with you. Everything went well don't you think? I'm pursuing your dreams still and working hard to prove that you weren't wrong. I'm going to see you, bringing everything left undone to done in good hand insya Allah. Love you so much.

Allah, sampaikanlah salam kasih dan rindu kami sekeluarga buat Hafiz Azhan di sana. Amin.

Friday, August 19, 2011

Holding His Hand


++ Assalamualaikum wbt ++

I woke up this morning, feeling both happy and sad. Dear Hafiz, I'm not sure if it's really you or it was just another 'recorded scattered memory' that I've kept inside my mind but to see you smiled and looked at me even just in my short dream, I feel glad enough. I held your hand and I felt warm. You seemed happy and fine.

Dear Hafiz, it's Ramadhan Kareem. It won't be the same without you of course. I avoid to be at places that you, Ikhwan, Khairul and I had shared memories on. It's still hard. I'm not ready to create any new memory at those places without you together. Just..not yet. I'm happy holding on like this. Knowing the four of us appreciating each other by having these memories and keeping them to ourselves.

Dear brother, rest and wait for us all to be united once again Insya Allah.

Friday, September 10, 2010

'Idulfitri Dgn Semangatmu

++ Assalamualaikum wbt ++

Salam 'Idulfitri buat semua yang mengenali Hafiz Azhan. Tahun ini adalah kali kedua berhari raya tanpa Hafiz Azhan. Pasti sahaja rasa kehilangannya tak pernah pudar dalam diri kami. Bagi saya sendiri, setiap perkara yang pernah kami kongsi adik-beradik - kenangan shopping, menghias rumah dgn idea-ideanya memang tak akan pudar sama sekali. Alhamdulillah, ada rezeki tahun ini untuk mengubah sedikit demi sedikit rumah kami mengikut idea yg pernah diutarakan oleh Hafiz. Ada beberapa lagi perkara yang pernah tersuara oleh Hafiz yg belum sempat kami tunaikan. Insya Allah akan kami segerakan. Amin.

Tahun ini bagi saya tetap rasa kekurangan. Tetapi kekurangan itu tidaklah sehebat semasa Hafiz sedang menanggung sakit yg dialaminya. Pada masa itu rasa serba salah dan bersalah lebih menebal bg saya kerana giliran berhari raya dengan keluarga mertua dan kami adik-beradik tak dpt shopping bersama-sama seperti kami masih bujang. Hari raya tahun ini saya merasakan ada sedikit ketenangan menemani jiwa saya. Mungkin kerana mata saya tidak lagi melihat kesakitan yang Hafiz tanggung. Mungkin kerana saya selalu bermimpi tentang Hafiz dan berasa tenang setiap kali 'bertemu' dengannya. Mungkin kerana saya telah redha dengan hakikat bahawa Allah amat menyayangi Hafiz dan Allah lah yg lebih arif tentang takdir yang sesuai utk setiap hamba-hambaNya. Tidak terkecuali bagi diri saya juga.

Apa jua, saya bangga mempunyai adik-adik yang baik dan bersyukur kerana kasih sayang antara kami memang tiada pra-syarat untuk terhenti biarpun kematian. Semoga segala doa dan amalan yang kami niatkan untuk Hafiz Azhan akan sampai padanya di sana. Semoga Allah mengampuni dan mengasihanimu selalu duhai adikku.

Salam 'Idulfitri. Kakak menjalani setiap detik dan waktu dengan semangatmu yang pernah kita semua kongsi suatu masa dahulu.