Antara ketiga-tiga adik, Hafiz paling manja dgn saya. Mungkin sebab pada usia saya 5 tahun dan Hafiz 3 tahun..kami dapat adik lagi..Ikhwan. Sejak itu, saya banyak menguruskan hal-hal ringan ttg Hafiz. Makan sama-sama. Minum pun saya ambilkan. Temankan ke tandas. Maklum saja baru dpt adik..jadi masa mak berpantang, sebagai kakak sayalah tempat baru dia bermanja. Sehingga dewasa pun, begitulah kami berdua. Ditambah dengan 2 adik pula - Ikhwan dan Khairul - maka team kami adik-beradik makin meriah. Kami berkongsi banyak perkara. Termasuk password email, blog, FB, FS, Flickr dll. Kami berkongsi wardrobe t-shirt..antara favorite Hafiz..Nike, Padini dan Giordano. Latest..Quiksilver. Alhamdulillah, sempat merasa juga kerana kami hidup serba sederhana sejak kecik. Cuma bila sudah ada kewangan sendiri, kami mula buat koleksi brg2 kegemaran kami.
Hingga ke saat akhir hayat Hafiz, saya masih lagi antara tempat dia bermanja. Umpama kata abah..'Kakak kena tabah..sebab ketabahan kakak akan jadi kekuatan abah. Abah tahu kakak lebih terasa ketiadaan Hafiz berbanding org lain..' Saya bersyukur dpt menunaikan semua hajat Hafiz yang dihasratkan pada saya. Saya juga bersyukur kerana dikurniakan Tuhan naluri yang hampir dengan Hafiz. Walaupun pada ketika dia tak boleh 'bersuara' kerana jangkitan pada paru-parunya menyebabkannya batuk teruk.Cukup dgn pandangan matanya yang sedih. Sebab pada saat itu Hafiz tidak mampu ke mana-mana pun. Jadi, bila tanya apa-apa - Hafiz cuma menggeleng atau angguk saja.
Saya juga bersyukur kerana Hafiz punya kawan-kawan yang baik. Sering mengunjunginya jika kelapangan. Paling kerap dtg - Jiran. Terima kasih kerana menggembirakan Hafiz dgn macam-macam agenda. Pada yang lain - tak selalu dtg, tak bermakna tak ingat.Biasalah..urusan kita ni mmg macam-macam, dgn office work dll. Terima kasih pada doa semua.
Pada yang pernah menjadi seseorang yang istimewa buat Hafiz..kamu semua tetap istimewa di hatinya. Dan di hati saya..Hafiz istimewa kerana dia mmg 'istimewa'..Agaknya anak kedua ni mmg ada keistimewaan begini (",)
No comments:
Post a Comment