Thursday, January 7, 2010

Memoir of Hafiz Azhan

Sebenarnya, sebagai kakak saya kecewa dgn jiran2 yang tak berapa rapat pun dgn kami tapi mengadakan cerita yang arwah adik saya meninggal dunia kerana penyakit yang bukan-bukan. Semasa hayatnya, adik saya ni mmg selalu balik lambat. Biasalah, gi tgk bola ke keluar lepak2 ke dgn kwn-kwn kat mapley. Jadi, dia selalu dipandang sebagai budak nakal. Sedangkan hakikatnya, dia tak pernah pun mengganggu hidup org lain. Apa dosa dia pd mereka ni semua?

Tak kurang juga yang pandang hina pada kami sekeluarga, maklum saja kami bermula sebagai org susah dan baru nak hidup senang bila masing2 dah bekerja. Dulu abah kerja seorang jadi kalau nak dibandingkan dgn jiran2 semua, kami mmg banyak kekurangan dari segi kebendaan. Tapi, syukurlah, biar apa pun yang jiran2 nak kata, kami adik-beradik buat tak tahu saja...

Hafiz Azhan meninggal dunia bukan kerana dadah. Itu suatu kepastian. Saya kuatkan hati menulis sebuah buku memoir menceritakan ttg penyakit adik saya yang sebenar sebagai suatu cara saya lepas geram pada mulut2 org yang suka main kata saja. Buku memoir tu tak tahu pun hendak saya publishkan atau tidak. Memang sudah ada publisher yang nak tgk dan baca dulu draf buku tersebut. Tp saya masih terfikirkan hakikat walaupun adik saya sudah tiada, dia tak suka jika hal remeh temeh dipanjangkan. Adakah dgn hal saya menerbitkan buku memoir tu, akan memanjangkan kisah adik saya yang telahpun pergi bertemu Ilahi? Memang, jika berjaya menerbitkan buku memoir tersebut, saya tidak berhajat utk menggunakan satu sen pun duit hasil perolehan buku memoir itu. Saya berhasrat benar mahu sedekahkan pada anak2 yatim. Sebab arwah pernah menitiskan airmata melihat anak2 yatim yang sedih menyambut hari raya tanpa keluarga.

Walau apa pun...saya akan kembali berbincang dgn keluarga dan sahabat2 terdekat. Jika tak diterbitkan pun, sekurang2nya saya berjaya membuat satu kompilasi ttg perihal hidupnya sepanjang 26 tahun termasuk gambar ketika baby..Itupun suatu kepuasan yang cukup bagi saya..

Semoga Tuhan membalas kesabaran kami menghadapi org2 ini sekian lamanya dgn balasan baik..

3 comments:

  1. kemon btul la org yang bawa mulut ni..arwah apis mane main dadah..! jahat la mereka ni..

    ReplyDelete
  2. wei..kelakar la... member gua mane main dadah..
    main bola pandai le.. semoga tabah sis...
    pedulikan..kalau mereka mati dalam keadaan yang aib baru dorang tau.. jangan nak fitnah member gua... siapa org yang buat mulut 2.. meh sini aku ceramah kan.. nak pakai kaitangan pun boleh.. haram Zadah.. didi sg buloh-rumah panjang 1D/1

    ReplyDelete
  3. i hope im not intruding...came across ur story unintentionally...one thing...your love for him will never ever fade..i just wish when it is my time to go, there will be sumone who will remember me the way u r to your baby bro..cheeers! celebrate life! p/s: org bdr baru gak ;)

    ReplyDelete