Monday, April 12, 2010

Meraikan hidupnya

Umurnya sudah 26 tahun. Dia sudah dewasa. Dia bukan lagi adik kakak yang perlu dipimpin tangan bila sama-sama berjalan ke kedai. Dia juga sudah berani punya kawan-kawan sendiri, tidak perlu menunggu kakak membawa ke kantin sekolah untuk membeli makanan. Tidak lagi perlukan kakak tunjukkan bas sekolah yang betul untuk pulang ke rumah. Tak perlukan kakak menyimpankan wang saku untuknya. Semua kerana dia sudah cukup dewasa. Namun, hakikatnya..dia tetap adik kecil kakak.

Dia seorang yang pemalu. Seringkali dia menyorokkan perasaannya bila mahukan sesuatu. Walau dengan abah sekalipun, dia lebih rela berbisik ke telinga kakak atau adik-adiknya sebagai penyampai hajatnya kepada abah. Dia juga lebih rela tersenyum pada org yang tidak dikenali. Jika dtg ramahnya, dia akan bersikap lucu dengan sesiapa saja. Jenakanya kadang-kadang di luar sangkaan dan sentiasa menghiburkan.

Dia seorang yang manja. Bila disuruh apa-apa yang dia tak suka, dia akan bertenggek lama di tangga atau berbaring di katil sambil terkebil-kebil memandang kakaknya. Kemudian dia akan tersenyum nakal sambil menggeleng kepala tanda tak mahu membuat kerja yang disuruh. Dia selalu menunggu saat keluar shopping bersama-sama membeli baju atau apa saja bersama-sama. Konsep 'nak pau' sentiasa jadi usikan darinya. Setiap pagi, bila alarm jam berbunyi, dia tahu kakaknya atau mama akan dtg dan mengejutkannya..sebenarnya alarm itu bukan khas utknya tetapi sebagai 'reminder' kepada org lain supaya jgn lupa kejutnya dari tidur. Dan hanya dengan cara memicit hidungnya sahaja, dia akan segera terjaga. Mmg dasar budak manja!

Dia juga nakal. Semasa kecil, dia sering saja merosakkan dan menghilangkan koleksi barang mainan kakaknya. Bila ditegur, dia akan menjelirkan lidah dan lari berlindung di belakang abah atau mama. Jika berkongsi basikal roda tiga, dia akan mengayuh selajunya agar kakaknya jatuh tergolek di belakang. Jika makan ayam goreng, dia akan memilih yang rangup-rangup. Tiada siapa dapat berkongsi dengannya. Jika dia marah, kadang-kala dia mempamerkannya tetapi tak lama. Dia cepat menegur kita kembali.

Dia kasihankan binatang. Jangan sesekali membunuh binatang di depannya. Airmatanya mudah menitis hanya kerana melihat binatang terseksa. Dia sayang benar pada kucing. Jika boleh..semua kucing akan dilindunginya dan dibawa pulang ke rumah.

Dia sukakan alam ciptaan Tuhan. Terutama sekali pantai dan lautan. Dia suka memotretkan gambar-gambar keindahan alam dgn kamera kesayangannya.

Dia sgt penyayang pada org sekelilingnya terutama adik-adiknya. Setelah kakaknya ke sekolah berasrama, dia mengambil alih tugas menjaga adik-adik di sekolah. Dia suka memberi pandangan pada adik-adiknya terutama soal pakaian dan kehidupan.

Dia sabar. Sepanjang dia sakit, dia merasa sungguh bosan kerana terlantar di rumah. Adakala dia juga merasa tertekan. Namun, dia tak pernah mengeluh menanggung kesakitan. Jika ada rasa hatinya yang bercelaru, dia akan berbisik memberitahu. Adakalanya, dia akan berfikir dan termenung seorang. Walaupun perlu menjalani rawatan memeritkan, dia tetap bertahan.

Dia kini telah dijemput pulang oleh Ilahi. Kerana sesungguhnya Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buatnya. Dia kini terlepas dari fitnah dunia yang mengasyikkan, dari kesakitan, dari masalah-masalah yang membelenggu dirinya. Dia dijemput pulang dalam tidurnya dan tidak dijangka oleh sesiapa jua bahawa begitulah akhirnya. Dan wajahnya tersenyum tatkala ahli keluarga mengiringi jenazahnya ke alam baru.

Dia adalah yang dirindui. Setiap hari kakaknya menghitung waktu dan hari. Entah bila akan bertemu kembali...

Sunday, February 28, 2010

Pulau Perhentian

Baru ni abah ada mentioned nak ke Pulau Perhentian. Saja nak ambil angin katanya. Rindu nak tgk laut dan nak ke Teluk Aur.

Tak lama lepas tu, mama spontan berkata, Hafiz suka sgt kat Teluk Aur tu.

Kami semua hanya senyum.

Dalam banyak tempat di Malaysia ni yang kami pernah pergi, semua tempat kegemaran Hafiz adalah pantai. Paling favourite ialah di Teluk Aur, Pulau Perhentian dan juga di Teluk Sisik, Endau-Rompin. Mungkin sebab kami adik-beradik dah biasa sejak kecil dgn kejadian Allah yang bernama pantai dan laut ni. Maklum saja kampung pun di kawasan pantai.

Rasanya Teluk Aur sunyi tak ada dia. Dia antara pengunjung setia teluk itu (",)

Thursday, January 7, 2010

Memoir of Hafiz Azhan

Sebenarnya, sebagai kakak saya kecewa dgn jiran2 yang tak berapa rapat pun dgn kami tapi mengadakan cerita yang arwah adik saya meninggal dunia kerana penyakit yang bukan-bukan. Semasa hayatnya, adik saya ni mmg selalu balik lambat. Biasalah, gi tgk bola ke keluar lepak2 ke dgn kwn-kwn kat mapley. Jadi, dia selalu dipandang sebagai budak nakal. Sedangkan hakikatnya, dia tak pernah pun mengganggu hidup org lain. Apa dosa dia pd mereka ni semua?

Tak kurang juga yang pandang hina pada kami sekeluarga, maklum saja kami bermula sebagai org susah dan baru nak hidup senang bila masing2 dah bekerja. Dulu abah kerja seorang jadi kalau nak dibandingkan dgn jiran2 semua, kami mmg banyak kekurangan dari segi kebendaan. Tapi, syukurlah, biar apa pun yang jiran2 nak kata, kami adik-beradik buat tak tahu saja...

Hafiz Azhan meninggal dunia bukan kerana dadah. Itu suatu kepastian. Saya kuatkan hati menulis sebuah buku memoir menceritakan ttg penyakit adik saya yang sebenar sebagai suatu cara saya lepas geram pada mulut2 org yang suka main kata saja. Buku memoir tu tak tahu pun hendak saya publishkan atau tidak. Memang sudah ada publisher yang nak tgk dan baca dulu draf buku tersebut. Tp saya masih terfikirkan hakikat walaupun adik saya sudah tiada, dia tak suka jika hal remeh temeh dipanjangkan. Adakah dgn hal saya menerbitkan buku memoir tu, akan memanjangkan kisah adik saya yang telahpun pergi bertemu Ilahi? Memang, jika berjaya menerbitkan buku memoir tersebut, saya tidak berhajat utk menggunakan satu sen pun duit hasil perolehan buku memoir itu. Saya berhasrat benar mahu sedekahkan pada anak2 yatim. Sebab arwah pernah menitiskan airmata melihat anak2 yatim yang sedih menyambut hari raya tanpa keluarga.

Walau apa pun...saya akan kembali berbincang dgn keluarga dan sahabat2 terdekat. Jika tak diterbitkan pun, sekurang2nya saya berjaya membuat satu kompilasi ttg perihal hidupnya sepanjang 26 tahun termasuk gambar ketika baby..Itupun suatu kepuasan yang cukup bagi saya..

Semoga Tuhan membalas kesabaran kami menghadapi org2 ini sekian lamanya dgn balasan baik..

Friday, December 4, 2009

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang dirimengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suarayang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yangdipenuhi bauan kesturi. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan,di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’

Nota : Al-Quran Utk Semua Manusia 2:185 ~ Dampingilah ia dan ilmu di dalamnya..

Thursday, November 26, 2009

Sunday, October 18, 2009

Quiksilver at Pavillion

Hafiz mmg tersampuk betul dgn barangan Quiksilver akhir-akhir ni. Mungkin dia disampuk oleh kawan-kawan dia le tu kot if not disampuk dengan sendirinya hehe..Actually kami pun dah tersampuk dah sampai jadi member pulak. Semalam kami belikan baju utk adik bongsu. Dah lama tgk dia pakai baju yang sama saja. Selalunya Hafiz yang bagi idea pada dia kalau bab nak beli baju selain kakak dia or abg Ikhwan dia. Adik refused actually nak belikan baju or apa-apa utk dia. Dia kata sedih teringat kat abg Hafiz kalau dia beli pakaian baru. Tapi semalam kami berjaya juga belikan shirts utk adik.

Adik nampak happy. Maybe dia dah boleh accept kehilangan itu memang tak dapat diganti tapi life must goes on. Susah bagi semua adik-beradik sebenarnya. Sebab kami berkongsi rasa yang sama sekarang. Semalam adalah first day kami shopping selepas Hafiz tiada. Apatah lagi nak menjejak kaki ke butik pakaian kegemaran Hafiz.

Adik nampak cute macam selalulah dengan shirts baru tu. Hope he likes it for real..

Friday, October 16, 2009

E,

Walaupun kadang-kadang rasa terlambat utk buat sesuatu demimu, namun kami tak dapat putar kembali waktu. Kadang-kadang tak tertanggung rasa rindu padamu, namun kami mustahil dapat menatapi seperti adanya hayatmu. Kadang-kadang malam kami..siang kami tak tertahan mengingatimu, namun tiadalah upaya kami bertemu dan berbual seperti selalu denganmu.

E,

Serasanya tiadalah dugaan Tuhan lebih berat selain daripada kehilanganmu. Serasanya tiadalah pilu paling dalam setiap kali terpandang gambar-gambarmu. Serasanya tiadalah sabar yang paling payah selain mengingati janji kita yang terakhir.

E,

Bila lagi akan bertemumu? Lambat lagikah waktu?