Sunday, November 27, 2011

Happy 29th Bezday Gapish!

Hari ini genap usia Hafiz Azhan 29 tahun. Birthday yg ke 29. Tapi sebenarnya, as Khairul Anuar stated, dia tetap dengan umur 26 tahun sampai kiamat. Sebab usia dia semasa meninggal dunia adalah 26 tahun. Alahai budak nakal yang kakak rindui..apa khabarmu di sana adikku? Dapat tak kiriman hadiah kakak hampir setiap hari untukmu di sana? Kakak tahu semuanya ok ok saja. Kakak pasti Allah menjaga dan melindungimu setiap masa. Hari ini kakak akan balik ke kampung dan akan ke pusaramu insya Allah.

Ikhwan Hadi sekeluarga akan pulang selang beberapa hari dengan Khairul Anuar. Ma dan Abah pun akan pulang ke tanahair hari Khamis ni insya Allah. Kami semua akan mengunjungi pusaramu di hari lahirmu. Hari lahir yang tertunda kan? Kami sayang dan rindukanmu selalu.

Till we meet again dear Gapish..I'm smiling while writing this post..I'm smiling because I remember the promises we've made and I'm smiling for all the good days + bad days we've shared with you. Everything went well don't you think? I'm pursuing your dreams still and working hard to prove that you weren't wrong. I'm going to see you, bringing everything left undone to done in good hand insya Allah. Love you so much.

Allah, sampaikanlah salam kasih dan rindu kami sekeluarga buat Hafiz Azhan di sana. Amin.

Friday, August 19, 2011

Holding His Hand


++ Assalamualaikum wbt ++

I woke up this morning, feeling both happy and sad. Dear Hafiz, I'm not sure if it's really you or it was just another 'recorded scattered memory' that I've kept inside my mind but to see you smiled and looked at me even just in my short dream, I feel glad enough. I held your hand and I felt warm. You seemed happy and fine.

Dear Hafiz, it's Ramadhan Kareem. It won't be the same without you of course. I avoid to be at places that you, Ikhwan, Khairul and I had shared memories on. It's still hard. I'm not ready to create any new memory at those places without you together. Just..not yet. I'm happy holding on like this. Knowing the four of us appreciating each other by having these memories and keeping them to ourselves.

Dear brother, rest and wait for us all to be united once again Insya Allah.

Friday, September 10, 2010

'Idulfitri Dgn Semangatmu

++ Assalamualaikum wbt ++

Salam 'Idulfitri buat semua yang mengenali Hafiz Azhan. Tahun ini adalah kali kedua berhari raya tanpa Hafiz Azhan. Pasti sahaja rasa kehilangannya tak pernah pudar dalam diri kami. Bagi saya sendiri, setiap perkara yang pernah kami kongsi adik-beradik - kenangan shopping, menghias rumah dgn idea-ideanya memang tak akan pudar sama sekali. Alhamdulillah, ada rezeki tahun ini untuk mengubah sedikit demi sedikit rumah kami mengikut idea yg pernah diutarakan oleh Hafiz. Ada beberapa lagi perkara yang pernah tersuara oleh Hafiz yg belum sempat kami tunaikan. Insya Allah akan kami segerakan. Amin.

Tahun ini bagi saya tetap rasa kekurangan. Tetapi kekurangan itu tidaklah sehebat semasa Hafiz sedang menanggung sakit yg dialaminya. Pada masa itu rasa serba salah dan bersalah lebih menebal bg saya kerana giliran berhari raya dengan keluarga mertua dan kami adik-beradik tak dpt shopping bersama-sama seperti kami masih bujang. Hari raya tahun ini saya merasakan ada sedikit ketenangan menemani jiwa saya. Mungkin kerana mata saya tidak lagi melihat kesakitan yang Hafiz tanggung. Mungkin kerana saya selalu bermimpi tentang Hafiz dan berasa tenang setiap kali 'bertemu' dengannya. Mungkin kerana saya telah redha dengan hakikat bahawa Allah amat menyayangi Hafiz dan Allah lah yg lebih arif tentang takdir yang sesuai utk setiap hamba-hambaNya. Tidak terkecuali bagi diri saya juga.

Apa jua, saya bangga mempunyai adik-adik yang baik dan bersyukur kerana kasih sayang antara kami memang tiada pra-syarat untuk terhenti biarpun kematian. Semoga segala doa dan amalan yang kami niatkan untuk Hafiz Azhan akan sampai padanya di sana. Semoga Allah mengampuni dan mengasihanimu selalu duhai adikku.

Salam 'Idulfitri. Kakak menjalani setiap detik dan waktu dengan semangatmu yang pernah kita semua kongsi suatu masa dahulu.

Tuesday, July 27, 2010

++ Assalamualaikum wbt ++

Selama ini, saya sering berdoa agar segala rasa penat yang saya rasa secara luar biasa beberapa bulan ini, akan segera pergi. Ada doktor yg suspek masalah dgn jantung sebab pernah dulu masa kecil ada masalah dgn jantung sikit. Rupa-rupanya, bukan masalah jantung yang Allah nak duga pada saya tetapi masalah darah. Dan masalah ini sama dengan adik kesayangan saya yang telah pulang ke Rahmatullah - Mohd. Hafiz Azhan yang dirindui. Al-Fatihah utkmu adikku..

Beberapa bulan yang lalu - 25 April 2010 - Saya menyangka masalah gastrik saya kembali lagi after 17 years. Seminggu yang pertama saya dan suami ke klinik biasa dan saya makan ubat gastrik biasa tetapi sakitnya tidak berkurang. Minggu kedua, suami membawa saya ke hospital pakar KPJ - didiagnos pula mengalami acid reflux dan telah bersetuju utk menukar ubat supaya sakitnya segera berkurang. Sebaliknya, sakit di bahagian abdomen semakin teruk dan setiap kali makan, saya akan muntah sehingga tidak mampu berdiri. Akibatnya, saya semakin lemah dan berserah pada Allah agar diberikan hidayah dan ditunjukkan jalan usaha yang sepatutnya saya pilih utk dugaanNya ini.

Akhirnya, setelah 3 minggu bertarung melawan sakit - suami membawa saya ke emergency room KPJ utk rawatan lanjut. Maha Suci Allah yang tahu segalanya - emergency room KPJ tidak dpt served kami kerana tiada wad kosong dan suami mengambil keputusan membawa saya ke SJMC, Subang Jaya - dan di hospital inilah masalah saya terjawab - Alhamdulillah.

Saya disahkan mempunyai masalah protein dlm darah - protein s, protein c and anti thrombosis deficiency yang sangat serius. Sakit di bahagian perut tu cuma simptom 'kecil' kerana saluran darah di bahagian usus kecil telah disahkan ada darah beku. Hampir-hampir nak dibedah utk menyelamatkan nyawa saya ketika itu. Apa pun, Allah telah mentakdirkan saya ke hospital yang sama merawat Hafiz - jadi doktor yang sama merawat Hafiz telah bersetuju utk menyelamatkan saya menggunakan ubat yang sama - heparin + warfarin.

Saya melalui episod pengalaman yang hampir sama dengan Hafiz. Beza antara saya dan adik saya - serangan awalnya di paru-paru sementara saya di bahagian usus. CT Scan - bila saya tanya pada Hafiz dulu, dia berselindung mengatakan tak sakit - sebenarnya, prosedurnya amat menyakitkan. Rawatan Clexane - bila saya tanya pada Hafiz dulu, dia berselindung mengatakan tak ada apa-apa - sebenarnya, ia juga menyakitkan. Begitu kuat semangat Hafiz agar semua orang sekelilingnya tidak merasai penderitaannya. Dan saya bersyukur pada Allah kerana memberikan saya peluang merasai apa yang adik saya rasai. Biarpun selepas ini, untuk survival, saya harus bertahan dgn heparin + warfarin seumur hidup, saya tetap bersyukur pada Allah Taala kerana bukan ahli keluarga saya yang lain terutama Ikhwan & Khairul yang mengalaminya. Saya risau memandangkan ujian lanjut masih perlu utk adik-adik kesayangan saya ini. Minta dijauhkan Allah.

Untuk itu juga, saya perlu hati-hati menjalani hidup dan masa depan seterusnya. Kehidupan saya bakal berubah hampir secara total akibat bergantung pada ubat. Tak dapat nak adventure sangat selepas ini utk mengelakkan pendarahan. Saya serahkan sepenuhnya pada Allah Taala. Dia tahu apa yang terbaik utk saya. Saya yakin pada takdirNya.

Terima kasih pada keluarga & superfriends yang banyak bagi support sepanjang seminggu dua ini. Doakan saya kuat menerima dugaan Allah ini. Terima kasih juga kepada semua yang membaca blog Hafiz Azhan. Walaupun hanya tinggal saya yang muncul bersama cerita tentang dia dan kali ini pula tentang saya. Maksudnya walaupun bukan dia sendiri yang menulis tetapi saya menghargai kunjungan anda semua ke blog ini. Saya sendiri tidak sekerap selalu singgah di sini. Apatah lagi sedang berdepan dengan dugaan yang boleh saya anggapkan terbesar dalam sepanjang hidup saya. Subhanallah..siapa sangka Allah yang Maha Besar akhirnya mengurniakan saya dugaan seperti Hafiz. Bagi saya, dugaan menghadapi sakit ini besar dari segi mengingati kembali perjalanan Hafiz yang berjuang melawannya. Sakit itu sendiri memang berat untuk dipikul oleh saya tetapi apa yang lebih berat dan menyebabkan saya sering menitiskan air mata, apabila saya merasai apa yang adik saya telah lalui dan rasai. Setiap kali saya kehilangan semangat juang, saya akan mengingati Hafiz Azhan dan dirinya. Bagaimana cara dia sentiasa bersangka baik pada Allah di atas dugaan sakit ini.

Ada masa, saya akan merenung kembali segala-galanya tentang Hafiz dan doa-doa yang pernah saya mohon pada Allah buat Hafiz. Saya sentiasa mengulang-ulang doa yang sama dan memberitahuNya saya bersyukur dengan pemberian ini. Setiap kali saya memandang wajah saya di cermin, saya akan terbayang wajah Hafiz ketika dia berada dalam keadaan saya sekarang.

Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui ~Wallahu'alam~

Monday, April 12, 2010

Meraikan hidupnya

Umurnya sudah 26 tahun. Dia sudah dewasa. Dia bukan lagi adik kakak yang perlu dipimpin tangan bila sama-sama berjalan ke kedai. Dia juga sudah berani punya kawan-kawan sendiri, tidak perlu menunggu kakak membawa ke kantin sekolah untuk membeli makanan. Tidak lagi perlukan kakak tunjukkan bas sekolah yang betul untuk pulang ke rumah. Tak perlukan kakak menyimpankan wang saku untuknya. Semua kerana dia sudah cukup dewasa. Namun, hakikatnya..dia tetap adik kecil kakak.

Dia seorang yang pemalu. Seringkali dia menyorokkan perasaannya bila mahukan sesuatu. Walau dengan abah sekalipun, dia lebih rela berbisik ke telinga kakak atau adik-adiknya sebagai penyampai hajatnya kepada abah. Dia juga lebih rela tersenyum pada org yang tidak dikenali. Jika dtg ramahnya, dia akan bersikap lucu dengan sesiapa saja. Jenakanya kadang-kadang di luar sangkaan dan sentiasa menghiburkan.

Dia seorang yang manja. Bila disuruh apa-apa yang dia tak suka, dia akan bertenggek lama di tangga atau berbaring di katil sambil terkebil-kebil memandang kakaknya. Kemudian dia akan tersenyum nakal sambil menggeleng kepala tanda tak mahu membuat kerja yang disuruh. Dia selalu menunggu saat keluar shopping bersama-sama membeli baju atau apa saja bersama-sama. Konsep 'nak pau' sentiasa jadi usikan darinya. Setiap pagi, bila alarm jam berbunyi, dia tahu kakaknya atau mama akan dtg dan mengejutkannya..sebenarnya alarm itu bukan khas utknya tetapi sebagai 'reminder' kepada org lain supaya jgn lupa kejutnya dari tidur. Dan hanya dengan cara memicit hidungnya sahaja, dia akan segera terjaga. Mmg dasar budak manja!

Dia juga nakal. Semasa kecil, dia sering saja merosakkan dan menghilangkan koleksi barang mainan kakaknya. Bila ditegur, dia akan menjelirkan lidah dan lari berlindung di belakang abah atau mama. Jika berkongsi basikal roda tiga, dia akan mengayuh selajunya agar kakaknya jatuh tergolek di belakang. Jika makan ayam goreng, dia akan memilih yang rangup-rangup. Tiada siapa dapat berkongsi dengannya. Jika dia marah, kadang-kala dia mempamerkannya tetapi tak lama. Dia cepat menegur kita kembali.

Dia kasihankan binatang. Jangan sesekali membunuh binatang di depannya. Airmatanya mudah menitis hanya kerana melihat binatang terseksa. Dia sayang benar pada kucing. Jika boleh..semua kucing akan dilindunginya dan dibawa pulang ke rumah.

Dia sukakan alam ciptaan Tuhan. Terutama sekali pantai dan lautan. Dia suka memotretkan gambar-gambar keindahan alam dgn kamera kesayangannya.

Dia sgt penyayang pada org sekelilingnya terutama adik-adiknya. Setelah kakaknya ke sekolah berasrama, dia mengambil alih tugas menjaga adik-adik di sekolah. Dia suka memberi pandangan pada adik-adiknya terutama soal pakaian dan kehidupan.

Dia sabar. Sepanjang dia sakit, dia merasa sungguh bosan kerana terlantar di rumah. Adakala dia juga merasa tertekan. Namun, dia tak pernah mengeluh menanggung kesakitan. Jika ada rasa hatinya yang bercelaru, dia akan berbisik memberitahu. Adakalanya, dia akan berfikir dan termenung seorang. Walaupun perlu menjalani rawatan memeritkan, dia tetap bertahan.

Dia kini telah dijemput pulang oleh Ilahi. Kerana sesungguhnya Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buatnya. Dia kini terlepas dari fitnah dunia yang mengasyikkan, dari kesakitan, dari masalah-masalah yang membelenggu dirinya. Dia dijemput pulang dalam tidurnya dan tidak dijangka oleh sesiapa jua bahawa begitulah akhirnya. Dan wajahnya tersenyum tatkala ahli keluarga mengiringi jenazahnya ke alam baru.

Dia adalah yang dirindui. Setiap hari kakaknya menghitung waktu dan hari. Entah bila akan bertemu kembali...

Sunday, February 28, 2010

Pulau Perhentian

Baru ni abah ada mentioned nak ke Pulau Perhentian. Saja nak ambil angin katanya. Rindu nak tgk laut dan nak ke Teluk Aur.

Tak lama lepas tu, mama spontan berkata, Hafiz suka sgt kat Teluk Aur tu.

Kami semua hanya senyum.

Dalam banyak tempat di Malaysia ni yang kami pernah pergi, semua tempat kegemaran Hafiz adalah pantai. Paling favourite ialah di Teluk Aur, Pulau Perhentian dan juga di Teluk Sisik, Endau-Rompin. Mungkin sebab kami adik-beradik dah biasa sejak kecil dgn kejadian Allah yang bernama pantai dan laut ni. Maklum saja kampung pun di kawasan pantai.

Rasanya Teluk Aur sunyi tak ada dia. Dia antara pengunjung setia teluk itu (",)