Tuesday, April 28, 2009
Majlis Zikir
Salam..tahlil utk Hafiz Azhan akan diadakan di surau 1C bandar baru sungai buloh pada malam jumaat ini - 30/4/2009 lepas maghrib..jemputlah hadir..insya Allah doa kita pada arwah akan dimakbulkanNya..Amin
Wednesday, April 22, 2009
Hari Isnin lepas Ma dan Abah dah balik ke Sungai Buloh. Balik ke rumah kita kat Sungai Buloh ni. Kak mmg tak ubah apa-apa pun dalam rumah kita ni. Kat bilik Hafiz pun kak mmg tak nak ubah apa-apa. Belum nak ubah dan mungkin tak akan ubah.
Ma dan abah minta kak dan walid supaya jaga rumah kita di Sungai Buloh. Dulu, kami ingatkan, lepas kahwin nak belajar hidup sendiri. Jadi, kak dan walid tinggal sendiri sebab nak merasa hidup berdikari. Lagipun, masa tu abah kata mmg nak suruh Hafiz jaga rumah kita ni. Kebetulan, tempat kerja Hafiz dekat benar dgn rumah kita ni. Jadi abah berhasrat utk Hafiz menjaga rumah ni dan tinggal terus di rumah ni lepas Hafiz kahwin. Tak apalah. Itu semua perancangan abah dan Tuhan telah mentakdirkan sebaliknya.
Sebenarnya, dengan menulis begini, bukanlah terniat utk mengirim cerita pada Hafiz yang telah pulang ke sisiNya. Apa yang kak tahu, setelah kita meninggal dunia maka terputus sudah sebarang perhubungan dengan yang masih hidup. Kecuali dengan beberapa cara - doa dan sedekah. Ada hadith menyebut bahawa org yang telah meninggal dunia tahu siapa yang melawat dan memberi salam di kuburannya. Selebihnya, kita semua hanya akan dipertemukan di hari kiamat, di mana berkumpulnya setiap umat manusia pada ketika itu.
Hafiz, sebagai seorang kakak, yang pasti doa yang paling kerap kak lafazkan ialah agar Allah mengampuni dan mengasihi Hafiz atas segala apa yang telah Hafiz lakukan sama ada sengaja atau tidak. Kakak amat yakin Allah telahpun mengampuni apa jua yang terpikul di bahu Hafiz - kerana Hafiz sabar menghadapi ujianNya semasa sakit selama 3 tahun lalu. Kesabaran Hafiz paling nyata pada saat doktor menyarankan rawatan melalui suntikan sendiri di rumah walaupun kami sekeluarga menyaksikan dengan berat sebab kami semua tahu bukan senang dgn rawatan cara itu. Apa yang kak telah baca dalam beberapa kitab, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun - melalui ujian menghadapi sakit - insya Allah segala dosa akan Allah ampunkan selama ia bukan dosa pada manusia. Dan kak yakin Allah mengasihanimu kerana maut telah menjemputmu semasa sedang tidur. Malahan wajah terakhir Hafiz amat tenang dan seolah-olah rasa gembira dgn terukirnya senyuman pada wajah Hafiz. Subhanallah atas apa yang Allah kurniakan padamu dan apa jua, Alhamdulillah kerana sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buatmu.
Kerinduan yang kak dan keluarga tanggung sekarang ini, terubat dengan mengingati kenangan denganmu. Pahit manis kita sekeluarga di dunia ini. Dan sesungguhnya dunia ini hanyalah pinjaman sementara - buat mencari bekalan ke akhirat. Kak berdoa pada Allah, agar kita sekeluarga akan diberikan pengakhiran yang baik dan dijemput malaikatul maut dalam keadaan yang baik. Amin ya Rabbal Alamin.
Thursday, April 9, 2009
Hari ini genap 14 hari Hafiz pulang ke rahmatullah. Pagi tadi (Khamis - 9 April 2009 - 10 am) seorang lagi ahli keluarga telah pulang ke rahmatullah. Allahyarham Tok Teh Aji juga telah menghembuskan nafas pada hari yang sama Allah membawa Hafiz pulang ke pangkuanNya. Tok Teh Aji adalah satu-satunya datuk sebelah keluarga abah yang masih tinggal. Kami sekeluarga agak rapat dengan arwah. Lebih lagi, Tok Teh Aji adalah tempat abah bermanja kerana abah lahir setelah bapanya meninggal dunia. Dengan Tok Teh Aji lah abah belajar mengaji dan lain-lain. Tok Teh Aji adalah bapa saudara abah yang paling rapat kami adik-beradik kenali.
Semalam adalah hari kedua saya mimpikan Hafiz Azhan. Malam pertama, kami berdua singgah di satu perhentian dan Hafiz duduk di atas sebuah kerusi. Saya belikan minuman dan beri padanya. Setelah itu kelihatan beberapa wanita melepasi usia 30-an menghampiri Hafiz dan bertanya khabar padanya. Saya tak dapat lihat wajah mereka dengan jelas tapi mungkin juga mmg tak kenal, atas sebab mereka bertanya pada Hafiz, siapa tu? Hafiz ada memberitahu mereka, itu kakak.
Itu saja. Kemudian saya terjaga.
Malam kedua, saya dapat lihat Hafiz dan kawan-kawan seperti dalam persiapan ke perlawanan bola. Tapi tak begitu pasti. Tak dapat lihat Hafiz bercakap, tapi pasti Hafiz mmg berada di samping saya dalam mimpi itu. Mungkin juga kami sedang duduk di tepi padang menyaksikan perlawanan tersebut. Keadaan agak hingar-bingar tapi kami berdua hanya diam di situ.
Suatu perkara paling sukar ialah naluri saya sejak akhir-akhir ini bagai mencari-cari apa jua yang saya rasakan terhadap Hafiz. Sebagai contoh, blog ini juga saya tidak tahu kewujudannya sebelum ini. Saya cuma mengikut apa yang saya rasakan dan benarlah, Hafiz telah membina blog ini pada bulan March tahun ini tapi mungkin tak sempat mencurahkan apa yang terbuku di lubuk hatinya di blog ini.
Saya juga amat merinduinya setiap saat sebulan sebelum ini sehingga ke hari ini. Rindu saya biasanya diiringi airmata yang muncul tiba-tiba. Pada hari terakhir bersamanya pada 22 March 2009 sebelum saya pulang ke KL, saya terpanggil mencium dahinya dan kami berjanji akan berjumpa lagi. Itulah janji kami yang terakhir. Dan kami tidak tahu bahawa Allah telah mentakdirkan, kami insya Allah akan bertemu lagi di alam lain. Maha Suci Tuhan yang Maha Mengetahui dan Maha Pengasih.....

Saturday, April 4, 2009
Salam untuk semua. Atas rasa kerinduan yang amat mendalam buat Mohd Hafiz Azhan, saya mengambil keputusan meneruskan blog yang telah diwujudkan oleh allahyarham ini sebagai suatu tempat bagi saya mengenang setiap detik bersama Hafiz Azhan dan ahli keluarga lain. Tujuan utama ialah kerana saya tidak mahu terlupa kenangan-kenangan bersamanya.
Semoga dengan menulis, saya akan lebih tenang dan sentiasa mengingati kenangan bersama Hafiz.Mati itu sudah pasti termaktub dalam setiap hidup manusia. Mati itu juga tanda terpisahnya hubungan antara dunia fana dengan setiap manusia. Kerana itu, saya telah redha dengan pemergian Hafiz yang mendahului kami sekeluarga. Pun begitu, atas hubungan yang Allah takdirkan begitu rapat antara kami adik-beradik..saya mengambil kesempatan yang ada ini untuk berkongsi kenangan suka duka kami adik-beradik bersama Hafiz Azhan. Saya menjadikan blog ini sebagai ruang terapi bagi diri saya yang sangat merasakan ketiadaannya.
Semoga Allah Ta'ala mengasihani Hafiz Azhan dan menempatkan ruhnya di kalangan org-org mukmin yang bakal menghuni syurga. Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)