Wednesday, April 22, 2009


Hari Isnin lepas Ma dan Abah dah balik ke Sungai Buloh. Balik ke rumah kita kat Sungai Buloh ni. Kak mmg tak ubah apa-apa pun dalam rumah kita ni. Kat bilik Hafiz pun kak mmg tak nak ubah apa-apa. Belum nak ubah dan mungkin tak akan ubah.

Ma dan abah minta kak dan walid supaya jaga rumah kita di Sungai Buloh. Dulu, kami ingatkan, lepas kahwin nak belajar hidup sendiri. Jadi, kak dan walid tinggal sendiri sebab nak merasa hidup berdikari. Lagipun, masa tu abah kata mmg nak suruh Hafiz jaga rumah kita ni. Kebetulan, tempat kerja Hafiz dekat benar dgn rumah kita ni. Jadi abah berhasrat utk Hafiz menjaga rumah ni dan tinggal terus di rumah ni lepas Hafiz kahwin. Tak apalah. Itu semua perancangan abah dan Tuhan telah mentakdirkan sebaliknya.

Sebenarnya, dengan menulis begini, bukanlah terniat utk mengirim cerita pada Hafiz yang telah pulang ke sisiNya. Apa yang kak tahu, setelah kita meninggal dunia maka terputus sudah sebarang perhubungan dengan yang masih hidup. Kecuali dengan beberapa cara - doa dan sedekah. Ada hadith menyebut bahawa org yang telah meninggal dunia tahu siapa yang melawat dan memberi salam di kuburannya. Selebihnya, kita semua hanya akan dipertemukan di hari kiamat, di mana berkumpulnya setiap umat manusia pada ketika itu.

Hafiz, sebagai seorang kakak, yang pasti doa yang paling kerap kak lafazkan ialah agar Allah mengampuni dan mengasihi Hafiz atas segala apa yang telah Hafiz lakukan sama ada sengaja atau tidak. Kakak amat yakin Allah telahpun mengampuni apa jua yang terpikul di bahu Hafiz - kerana Hafiz sabar menghadapi ujianNya semasa sakit selama 3 tahun lalu. Kesabaran Hafiz paling nyata pada saat doktor menyarankan rawatan melalui suntikan sendiri di rumah walaupun kami sekeluarga menyaksikan dengan berat sebab kami semua tahu bukan senang dgn rawatan cara itu. Apa yang kak telah baca dalam beberapa kitab, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun - melalui ujian menghadapi sakit - insya Allah segala dosa akan Allah ampunkan selama ia bukan dosa pada manusia. Dan kak yakin Allah mengasihanimu kerana maut telah menjemputmu semasa sedang tidur. Malahan wajah terakhir Hafiz amat tenang dan seolah-olah rasa gembira dgn terukirnya senyuman pada wajah Hafiz. Subhanallah atas apa yang Allah kurniakan padamu dan apa jua, Alhamdulillah kerana sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buatmu.

Kerinduan yang kak dan keluarga tanggung sekarang ini, terubat dengan mengingati kenangan denganmu. Pahit manis kita sekeluarga di dunia ini. Dan sesungguhnya dunia ini hanyalah pinjaman sementara - buat mencari bekalan ke akhirat. Kak berdoa pada Allah, agar kita sekeluarga akan diberikan pengakhiran yang baik dan dijemput malaikatul maut dalam keadaan yang baik. Amin ya Rabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment